-->
skip to main | skip to sidebar

CeriteraCintaCorner

CeriteraMereka

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiaka
LiveTyping.com

Ceritera Sintoque

Photobucket

Ceritera Pengusha

msn live tracking
Top Gear Season 14

Ceritera Aku

My photo
ZaReeth
Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia
View my complete profile

Ceritera Facebook

Cik Zarith Abdul Mutalib

Create your badge

Ceritera Twitter

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ceritera Usia

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

Pelajaran untuk sayang kepada yang amat tersayang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan,ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya.Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 bill...ion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia.Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. 

3. Sayangi dia sepenuh hati.Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda.Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya. 

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. 

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya. 

6. Sangka baik padanya.Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. 

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya. Kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua. 

8. Berikan kepercayaan anda padanya. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. 

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa,ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan. 

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda.Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun. 

Sesungguhnya perasaan Cinta adalah nikmat milik Allah sepenuhnya... Sabar , Jujur , Ikhlas , Yakin dan Percaya adalah kunci segala Cinta yang Allah telah kurniakan.



Link :http://janda-duda.blogspot.com
merepek merapu oleyh --> ZaReeth at Saturday, May 21, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Google Search

Ceritera Masa

Ceritera Entry

get this widget here

Ceritera Tutorial Blog

Ceritera Blog Template

Leelou Blogs

Blog Jiwa-Jiwa

Tutorial Here

MusicPlayer :P




Gratisan Musik
Blog Design by AeroAngel
Layout By AeroAngel