-->
skip to main | skip to sidebar

CeriteraCintaCorner

CeriteraMereka

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiaka
LiveTyping.com

Ceritera Sintoque

Photobucket

Ceritera Pengusha

msn live tracking
Top Gear Season 14

Ceritera Aku

My photo
ZaReeth
Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia
View my complete profile

Ceritera Facebook

Cik Zarith Abdul Mutalib

Create your badge

Ceritera Twitter

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ceritera Usia

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

Erti Seorang Lelaki

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya. 
Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya. 
*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri : 

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum. 


Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. 
Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga. 
Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat. 
Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya. 
Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah. 





Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah. 
Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada? 
Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan. 
Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya. 
Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga. 




Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syaratullah 
U - Uswah hasanah 
A - Amanah 
M - Matlamat 
I - Istiqamah
 

Sama-sama kita mengambil pengajaran. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti ni, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. (Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni…...tepuk dada, tanya iman.) 
Sama-sama muhasabah diri.
-- 
KEBERKATAN ALLAH TAALA HENDAK-NYA SENTIASA DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIIN
merepek merapu oleyh --> ZaReeth at Sunday, March 27, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Google Search

Ceritera Masa

Ceritera Entry

get this widget here

Ceritera Tutorial Blog

Ceritera Blog Template

Leelou Blogs

Blog Jiwa-Jiwa

Tutorial Here

MusicPlayer :P




Gratisan Musik
Blog Design by AeroAngel
Layout By AeroAngel