-->
skip to main | skip to sidebar

CeriteraCintaCorner

CeriteraMereka

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiaka
LiveTyping.com

Ceritera Sintoque

Photobucket

Ceritera Pengusha

msn live tracking
Top Gear Season 14

Ceritera Aku

My photo
ZaReeth
Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia
View my complete profile

Ceritera Facebook

Cik Zarith Abdul Mutalib

Create your badge

Ceritera Twitter

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ceritera Usia

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 25, 2011

Tolong beritahu dia…..


Tolong beritahu dia…..

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihat si dia jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihat si dia jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihat si dia jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia dahului Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia dahului ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia aku terpikat kerana imannya bukan rupanya..
Tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya..
Tolong ingatkan si dia aku kasihnya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia bila nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku menbiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia aku sentiasa mendoakan kejayaannya..

Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehinggalah Engkau bertemu dirinya suatu hari nanti. 

merepek merapu oleyh --> ZaReeth at Tuesday, January 25, 2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Google Search

Ceritera Masa

Ceritera Entry

get this widget here

Ceritera Tutorial Blog

Ceritera Blog Template

Leelou Blogs

Blog Jiwa-Jiwa

Tutorial Here

MusicPlayer :P




Gratisan Musik
Blog Design by AeroAngel
Layout By AeroAngel