-->
skip to main | skip to sidebar

CeriteraCintaCorner

CeriteraMereka

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiaka
LiveTyping.com

Ceritera Sintoque

Photobucket

Ceritera Pengusha

msn live tracking
Top Gear Season 14

Ceritera Aku

My photo
ZaReeth
Batu Pahat, Johor Darul Takzim, Malaysia
View my complete profile

Ceritera Facebook

Cik Zarith Abdul Mutalib

Create your badge

Ceritera Twitter

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ceritera Usia

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 18, 2010

'gentle' nya seorg Lelaki...-MASIH WUJUDKAH LELAKI SEPERTI INI....??


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.  
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.   
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.  
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,  
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.  
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"! Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku menjawab, "Ya, benar."  Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."                                    
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain.Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.  :)
merepek merapu oleyh --> ZaReeth at Thursday, November 18, 2010
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Google Search

Ceritera Masa

Ceritera Entry

get this widget here

Ceritera Tutorial Blog

Ceritera Blog Template

Leelou Blogs

Blog Jiwa-Jiwa

Tutorial Here

MusicPlayer :P




Gratisan Musik
Blog Design by AeroAngel
Layout By AeroAngel