Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ¿aku
cinta padamu¿ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta
laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya
kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati
terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya
melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan
akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan
menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan
laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan
gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya.
Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu
mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka
menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah
menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan
jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana
berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit,
awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga
boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung
laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka
berpacaran.....
No comments:
Post a Comment