Berat rasanya bagi Zara untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan
yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum
tangannya menekan butang 'send'.
" Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok . InsyaAllah one day, you will be a great muslim doctor. Sorry for everything. May hapiness will always be yours".
Zara membaca balik SMS yang dikirim kepada Ahmad. Agak berdebar menanti reply dari si dia.
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Ahmad!
Perlahan-lahan Zara membaca SMS.
" Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Zara bagi selama ni. Saya faham situasi. All the best Zara."
Berderai air mata Zara selepas mendapat SMS dari Ahmad. Sebab dia
tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi
SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal
pelajaran. Tiada lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Zara menangis di bawah selimut. Berjam-jam
lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata
disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga.
Zara tak ceritakan kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak kan
faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Zara menghantar SMS
kepada naqibahnya, kak Fifi. Zara pernah ceritakan kemelut yang dia
hadapi pada naqibahnya sebelum ni. Kak Fifi banyak membantu Zara selama
Zara menjadi anak usrahnya. Kak Fifi juga yang menasihati Zara supaya
menghentikan semua ni.
" Salam akak. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"
" Zara..Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi Zara. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul sentiasa ada ".
Memang Zara sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi
dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa
lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah
dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan
yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya.
Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak
mahu mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan
perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling penting. Zara mahu berhenti berSMS dengan Ahmad
sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana kak Fifi yang
suruh tapi sebab Allah! Zara mahukan redha Allah. Sebab Zara tahu Allah
tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah
makna hidup. Memang Allah izinkan Zara berSMS dengan Ahmad. Tapi Allah
izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan
sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Zara peroleh redha
Allah.
Zara juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam
hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia
tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali
berSMS dengan Ahmad, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa
bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman
Allah:
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".
(Al-Isra': 32)
(Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas,
iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan
bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan,
walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
"Nasib anak
Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah
melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya
mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki,
zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj
(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."
Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling.
Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Zara sentiasa
teringatkan Ahmad.Tidak pernah sehari pun hari Zara berlalu tanpa
teringatkan Ahmad.
Sebab itu Zara nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err..
mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang
mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan
perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.
" Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
" Bye Ahmad. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya
suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya
nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak
kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita
akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan
dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta
untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan?".
" Ahmad, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah."